WOW!! Hadiah Seribu Makna Untuk Akim Dari Stacy Memang Menakjubkan!!

WOW!! Hadiah Seribu Makna Untuk Akim Dari Stacy Memang Menakjubkan!!

Semalam genaplah usia penyanyi dari Akademi Fantasia Akim 25 tahun. Sambutan hari lahir Akim ini telah menjadi viral semalam di lama sosial dan ramai peminat mengucapkan selamat hari lahir buat Akim.


Sebelum ini Akim telahpun bertunang dengan dengan penyanyi popular Stacy yang kemudiannya telah memeluk islam. Stacy atau nama islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam telah membuat kejutan kepada Akim dengan memberi sebuah hadiah yang amat mengejutkan ramai peminatnya.

Hadiah ini dulunya menjadi viral ke semua laman sosial iaitu pengorbanan ikhlas dari Stacy apabila memeluk agama islam. Itulah hadiah paling bermakna buat Akim dari Stacy yang tidak mungkin dilupakan.
 

“Alhamdulillah, tiada apa yang saya inginkan lagi selain kelancaran majlis pernikahan kami yang bakal menjelang tidak lama lagi.”

“Hajat saya sempena hari jadi adalah agar semua pihak mendoakan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat. Pengorbanan dilakukan oleh Stacy begitu besar maknanya kepada saya dan ia juga sudah cukup untuk melengkapi hidup saya sepanjang hayat.”ujar Akim.

Jom baca lagi ulasan Akim tentang sambutan hari lahir nya ;

“Saya sudah memaklumkan kepada Stacy untuk tidak merancang sebarang majlis. Bagi saya, ucapan ikhlas dan indah dari hati sudah mencukupi sebagai tanda saya sentiasa dalam ingatannya. Namun, saya tetap berterima kasih atas usaha keras penyokong Akim & The Majistret yang mengadakan sambutan hari jadi khas untuk saya. Terharu dibuatnya apabila ada pihak yang membuatkan diri rasa seperti dihargai.”

Semoga Akim terus sukses di dalam bidang yang diceburinya.

0 Response to "WOW!! Hadiah Seribu Makna Untuk Akim Dari Stacy Memang Menakjubkan!!"

Post a Comment