FOTO Persiapan Angah Raja Lawak Bakal Bernikah Februari Depan.

FOTO Persiapan Angah Raja Lawak Bakal Bernikah Februari Depan.

Angah Raja Lawak atau nama sebenar beliau Iskandar Shah Hashim akan melangsungkan perkahwinannya pada 19 Februari depan. Manakala majlis persandingannya bakal diadakan pada 20 Februari bertempat di Dewan Tun Ali, Melaka. Beliau kini sedang giat membuat pelbagai persiapan menjelang persandingan nya nanti.


Menurut Angah lagi ;

“Persediaan hampir 80% telah saya siapkan dari tahun lepas dan sekarang ini saya tengah belajar untuk menjadi seorang imam dalam keluarga dan itu lebih kepada persediaan peribadi,” 

“Saya rasa dia tidak ada masalah dan faham akan karier saya. Bila saya dengan dia saya rasa selesa,”

Menurut Angah lagi perkenalan dengan bakal isterinya ini telah menjangkau selama 2 tahun. Kami semua doakan yang terbaik buat Angah dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..

0 Response to "FOTO Persiapan Angah Raja Lawak Bakal Bernikah Februari Depan."

Post a Comment