"Ketahuilah Bahawa Dia Memang Perempuan Yang Gila Serta Biadab”

"Ketahuilah Bahawa Dia Memang Perempuan Yang Gila Serta Biadab”

Terbaru viral di laman facebook seorang pemilik Myvi telah meletakkan keretanya di parkir OKU. Pengguna laman facebook Munirah Arif telah memuat turun gambar serta ketidak puasan hatinya terhadap owner kenderaan Myvi tersebut.

Jombaca kapsyen Munirah di akaun facebook nya;

Orang-orang Klang! Meh sini saya nak beritahu yang pemilik kereta Perodua Myvi ini biadab!

Saya tanya dia baik-baik sama ada dia Orang Kurang Upaya (OKU), sebab ibu bapa saya OKU dan memerlukan parking lot ini. Tetapi dia boleh pula menuduh saya kurang ajar sebab mengata dia OKU.

Salah ke saya bertanya?

Rupa-rupanya, dia memang jenis perempuan yang biadab. Sebab sebelum itu, dia telah bergaduh dengan seorang Cina tua.

Apa-apa pun, terima kasih kepada sebuah keluarga Cina yang menolong saya tadi. Cina yang tolong Melayu. Perempuan Melayu ini pula beredar begitu sahaja.
 
Jadi kepada sesiapa yang ternampak kereta dia di kawasan Andalas ke Klang, ketahuilah bahawa dia memang perempuan yang gila serta biadab. Terima kasih,”

Munirah telah menulis di dalam akaun facebooknya bahawa beliau telah bersemuka dengan pemilik Myvi tersebut bahawa parkir tersebut adalah untuk kedua ibu-bapanya yang OKU supaya mereka boleh meletakkan kenderaan mereka di situ.

Munirah bercakap dengan nada yang baik supaya mengalihkan kenderaan beliau, namun pemilik kenderaan tersebut naik berang dan menuduh Munirah bersikap kurang ajar dan menuduh beliau OKU pula.

Rata-rata netizen di laman facebook menyelar perbuatan pemilik Myvi tersebut. Kejadian ini berlaku di Andalas Klang. Munirah juga mengatakan bahawa pemilik Myvi tersebut adalah seorang perempuan.

Macam-macam hal la sekarang nie kan? Berbudi bahasa dan sopan santun adalah budaya kita semua.

0 Response to ""Ketahuilah Bahawa Dia Memang Perempuan Yang Gila Serta Biadab”"

Post a Comment